
Welcome to ALAMINkids !
"EDUCATE OUR LOVES TO BE A GOOD MUSLIM"
Assalamu'alaikum wbt.
Sering ditekankan bahawa anak-anak adalah amanah Allah. Amanah dan didikan berpakaian merupakan hak anak yang dipertanggungjawabkan ke atas ibu bapa. Nabi s.a.w. bersabda: "Anak-anak dilahirkan suci murni fitrahnya. Ibu bapalah yang menjadikan mereka Yahudi, Nasrani atau Majusi..." Allah berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka..." (At-Tahrim ;6) Berdasarkan daripada ayat di atas dan kekurangan pakaian kanak-kanak muslim moden di pasaran mendorong saya untuk menubuhkan perniagaan AL AMINkids. AL AMINkids bermaksud Kanak- kanak yang beramanah dan AL AMINkids adalah gelaran nabi saw. ketika usia baginda berusia 12 tahun.
Ditubuhkan pada Julai 2007 dengan 2 orang pekerja dan kini mempunyai 5 orang pekerja. AL AMINkids membekalkan dan menjual secara borong dan runcit pelbagai koleksi pakaian ' READY TO WEAR' untuk majlis kasual, santai, Haji & umrah, berenang dan koleksi tudung kanak-kanak dari usia 2 hingga 12 tahun. Atas permintaan kaum ibu yang ingin sedondon dengan anak-anak, AL AMINKIDS juga menawarkan kolesi dewasa dgn edisi terhad. AL AMINkids mempunyai lebih 100 stokis/pengedar diseluruh Malaysia termasuk Singapura dan kepada yang berminat boleh sms @ hubungi talian 0192657020
Harapan kami semoga jenama AL AMINkids dapat memberi alternatif dan menceriakan dunia fesyen kanak-kanak muslim berpandukan etika pakaian Islam serta mendapat sokongan daripada anda semua.
Salam ukhuwah,
Ir. Hjh. Anizah Bt Zainudin
Tel : 0192657020


